Apakah Perasaaan Membawa Kepala Ayah Sendiri?

PUTUS KEPALA

Dunia semakin kejam.Itu saje yang aku dapat katakan bile terbaca berita di Berita Harian :

“Anggota badan Ismail dipenggal Selasa lalu disatukan semula dengan tubuh
TAMPIN: Kepala Ismail Awang yang dipenggal dalam pembunuhan ngeri empat beranak di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Selasa lalu, selamat dikebumikan di kuburnya di tanah perkuburan kampung itu, petang semalam.
Sebaik tiba kira-kira 1.30 petang, kepalanya disatukan semula dengan tubuhnya yang dikebumikan Rabu lalu.

Adik ipar mangsa, Dzolkiple Atan, 49, berkata kepala Ismail dibedah siasat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) pagi semalam dan sebaik diserahkan kepada keluarga, terus dimandikan, dikafan dan disembahyang sebelum dibawa pulang ke sini.
Isteri mangsa, Zahara Atan, 59, bersyukur kerana kepala suaminya berjaya ditemui semula dan dikebumikan semula bersama tubuhnya.
“Saya dan ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada polis yang bertindak pantas bukan saja menyelesaikan kes itu dengan cepat, malah menemui kepala suami saya yang hilang.

“Begitu juga liputan media massa yang membolehkan suspek ditahan serta penduduk kampung yang banyak membantu dan orang ramai yang bersimpati,” katanya.
Dalam kejadian itu, Ismail, 76, ditemui mati dengan kepalanya dipenggal dan dilarikan dari lokasi pembunuhan, manakala anak perempuannya, Siti Khadijah Ismail, 22, ditemui mati dengan pisau masih tercacak pada dadanya.
Bapa mentuanya yang juga bekas imam masjid Kampung Batang Rokan, Atan Daud, 87, pula mati dengan tangan kirinya putus, manakala isterinya, Sufiah Katas, 80, putus tangan kanan.
Bagaimanapun, penahanan suspek di Stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur sehari selepas kejadian berjaya membawa kepada penemuan kepala Ismail yang ditanam di sebuah tanah perkuburan di Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

Suspek pula ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Anak mangsa, Jefri Ismail, 25, yang menerima kepala ayahnya di HTJS berkata beliau reda dengan apa apa yang berlaku dan menganggap kejadian itu sebagai suratan takdir.”

Manusia sekarang menganggap membunuh itu satu permainan? Kesian kat keluarga mangsa..Takziah…Tak dapat aku banyagkan macam mane sebak bawak kepale ayah sendiri.

psps: Blog baru azfarul

Artikel yang Mungkin Berkaitan:

Azfarul
AZfarul, Seseorang yang berasal dari Melaka dan sedang menetap di Melaka. Untukmengetahui diri Azfarul dengan lebih lengkap, sila kunjungi page "About" di menubar diatas :D

9 Responses to “Apakah Perasaaan Membawa Kepala Ayah Sendiri?”

  1. Firdaus says:

    Bukan dunia yang semakin kejam Azfarul, tetapi manusia yang menjadi penghuni utama dunia inilah yang semakin kejam lalu memperlihatkan seolah-olah dunia ini yang kejam. sebenarnya bencana alam yang makin kerap berlaku sekarang ini seperti ribut taufan, gempa bumi, kebakaran hutan dan lain-lain juga adalah karya manusia-manusia selfish yang rakus demi kepentingan sendiri, demi poket, jawatan, nama, nafsu, kuasa dan objektif-objektif keduniaan yang lain…. mungkin kita juga tergolong di kalangan mereka yang menyebabkan alam kelihatan kejam dan brutal… sama-sama fikirkan…

    [Reply]

  2. worldpure says:

    huhu..akak rasa memang sah budak ni mental problem..tak kan lah mudah dia nak bunuh keluarga sendiri dgn begitu kejam.penggal kepala bapa..huhu..memang sah giler…sbb tu lah kita kena banyak beringat2, beriman dan solat dgn tertib dan sentiasa berdoa selalu pada Allah minta jauh segala penyakit sebgini…right:)

    [Reply]

    Azfarul Reply:

    Comfirm 100%

    [Reply]

  3. beliamuda says:

    tak terbayang mamat tu bawa kepala dalam plastik naik bas masa nak bawa lari kepala tuh.. kalau la terkantoi, menjerit orang yg tgk..
    beliamuda´s last blog ..Contest: Menangi RM20 Untuk 5 Orang My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azfarul Reply:

    ish !
    selamat tak terkantoi

    [Reply]

  4. x-po says:

    kepala tu disatukan blk ke? kalau mgikut berita smlm, kepala tu just ditanam sebelah kubur bdn dia…
    x-po´s last blog ..AKU TAK NAK JADI MACAM SI CAPIK My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azfarul Reply:

    aq tak tau o.O

    [Reply]

  5. takot gile bile baca berita macam ni. mungkin pembunuh tu sakit mental kot..

    [Reply]

    Azfarul Reply:

    memang pon..
    kalau waras takkan nak kerat2 badan ornag camtu sekali

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

© 2010 Azfarul {Dot} Com. All rights reserved.
Proudly designed by Theme Junkie.
Blog WebMastered by All in One Webmaster.


[close]